fb fb fb fb fb

Cadangan naikkan harga lantai getah sekerap sedang dikaji

(Datuk Seri Fadillah Yusoff semasa meninjau ladang getah,
di Kampung Kuala Sawah, Rantau)

SEREMBAN, 5 Ogos- Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap berikutan banyak permintaan yang diterima.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff berkata, kajian dan semakan itu diharap dapat membuahkan hasil yang boleh menjadi daya penarik untuk pekebun kecil keluar menoreh getah.

Ujar beliau, ia berikutan hasil pengeluaran getah beku dan getah susu ketika ini tidak menggalakkan berkemungkinan berpunca daripada faktor harga lantai atau faktor kesihatan penoreh getah yang mungkin kebanyakannya sudah berusia.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff)

"Itu memang permintaan, tapi kita sedang mengkaji, moga dalam bajet akan datang kita akan dapat semak semula, tetapi yang lebih penting untuk kita memahami peringkat akar umbi, mengapa orang tidak menoreh? apakah harga munasabah untuk menggalakkan? Jadi permintaan banyak, ada yang minta RM4 ada yang minta RM3. Jadi kita perlu tengok keseluruhan rantaian itu nanti supaya akhirnya  kitat dapat menggalakkan orang untuk menoreh.

"Oleh kerana itu, banyak aktiviti dilaksanakan disamping terus keluarkan getah beku tetapi hendak juga mengalakkan hasilkan susu getah", katanya.

Beliau juga Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata langkah itu dapat membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan menggalakkan lebih ramai membabitkan diri dalam sektor getah negara.

Beliau berkata demikian selepas program Trek Komoditi KPK 2023 di Pusat Pengumpulan Getah dan ladang getah, di Kampung Kuala Sawah, Rantau.

Media Baharu