fb fb fb fb fb

Sinergi LABUANfm “E-Waste Go Green” kumpul 4,371.2 kg e-sisa

(Telefon bimbit lama yang sudah rosak turut dikumpulkan)

LABUAN, 5 Ogos- Sebanyak 4,371.2 kilogram barangan buangan elektrik dan elektronik berjaya dikumpul menerusi program Sinergi LABUANfm “E-Waste Go Green” yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Labuan bersama Perbadanan Labuan dan Jabatan Alam Sekitar.
 
Ia membuktikan masyarakat di pulau itu sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta yang boleh mengancam kesihatan manusia, sekiranya tidak diurus mengikut prosedur yang sebenar.
 
Menurut penerbit program, Shirley Suzie berkata, e-sisa merupakan barangan elektronik yang sudah rosak yang perlu dilupuskan secara sistematik kerana ia memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.
 
Jelasnya, program tersebut membantu memberikan kesedaran kepada masyarakat bagaimana mengurus untuk melupuskan e-sisa tersebut dengan kaedah yang betul.
 
"Program ini sebenarnya diadakan untuk memberi kesedaran terutama sekali kepada orang awam, selain dari orang awam juga generasi muda tentang apa itu e-sisa, bagaimana untuk melupuskannya dan apakah agensi-agensi yang terlibat dalam memastikan e-sisa ini dapat dilupuskan dengan cara yang betul,"kata Shirley.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dewan Homestay Kampung Sungai Labu.
 
Hadir sama, Timbalan Pengarah RTM Labuan Fauziah Mohd Sidek.

Program tersebut juga mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat Labuan.

Dalam masa sama, turut diadakan ceramah kesedaran kepada pelajar sekolah yang disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).


(E-sisa yang berjaya dikumpul)

Media Baharu