KUALA LUMPUR, 30 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaika Amanat Tahun Baharu menerusi semua saluran media tempatan dan media sosial pada jam 9.00 malam.
Beliau menerusi satu hantaran ringkas di Facebook memaklumkan perkara itu.
"Insya-Allah, esok akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu untuk kita menyoroti usaha dan pencapaian sepanjang tahun ini, di samping menghamparkan matlamat dan hala tuju negara untuk tahun 2025.
"Semoga usaha dan khidmat yang direncana ini akan terus melimpahkan rahmat buat rakyat dan negara," menurut hantaran itu.