fb fb fb fb fb

Langkah segera diambil pacu pertumbuhan, pelancongan Langkawi

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil langkah segera bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan serta memastikan pemeliharaan biodiversiti di Pulau Langkawi, Kedah.

Beliau menerusi hantaran ringkas di Facebook memaklumkan beberapa projek termasuk cabang universiti yang akan memberi manfaat kepada rakyat di pulau itu akan disegerakan.

"Insya-Allah, langkah segera akan diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan sementara terus menjaga biodiversiti di Langkawi.

"Saya berkesempatan adakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) selain turut disertai Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Langkawi," menurut hantaran itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI