fb fb fb fb fb

PM akan adakan pertemuan dengan jawatankuasa kuil penganut Hindu

BATU CAVES, 5 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan semua wakil jawatankuasa kuil penganut Hindu seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar yang hadir pada Sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniyar Swami, di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan Perdana Menteri tidak dapat hadir ke sambutan tersebut berikutan kurang sihat dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.

"Perjumpaan itu oleh kerana beliau tidak dapat datang hari ini maka beliau akan berjumpa dan akan memberikan amanat beliau.

"Intipatinya saya kurang pasti tetapi ia adalah satu tindakan yang membolehkan beliau berjumpa dengan semua pengerusi dan jawatankuasa-jawatankuasa kuil dan beliau akan beritahu apa hasrat beliau kepada mereka," katanya ketika ditemui media, di sini, hari ini.

(Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar)

Mengulas mengenai sambutan Thaipusam pada tahun ini, beliau berkata sambutan kali ini diraikan dengan lebih meriah selepas negara dilanda pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, beliau tetap mengingatkan semua penganut Hindu untuk menjaga kesihatan dan keselamatan masing-masing ketika datang ke kuil selain memastikan kebersihan persekitaran kuil dan jalan-jalan berdekatan terjaga.

Media Baharu