fb fb fb fb fb

Jentera pembersihan pantai berteknologi terkini diperkenal

BANTING, 5 Februari - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor menggunakan jentera pembersihan pantai berteknologi terkini.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, pihaknya sentiasa menerima aduan isu sampah di kawasan peranginan terutama Pantai Baru Morib.

Pelbagai inisiatif inisiatif diambil bagi membantu pengunjung merasa selasa di kawasan tersebut sekali gus dapat menjaga kebersihan alam sekitar.

Katanya, dua teknologi yang diperkenal ialah “Walk Beach Comber” dan “Glutton Electric Little Picker”.

"Dua jentera yang baru untuk pembersihan pantai Morib dan pantai baru Morib serta memperkenalkan tong sampah 120 liter yang akan diedarkan kepada semua penghuni di daerah Kuala Langat yang berdaftar dengan MPKL dan pembayar cukai," kata Amirul Azizan di sini.

(Jentera pembersihan pantai berteknologi terkini)

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran jentera pembersihan dan penyerahan tong sampah di Pantai Baru Morib baru-baru ini.

Teknologi tersebut bukan sahaja mampu menjimatkan masa, malah menjimatkan tenaga kerja yang diperlukan.

“Walk Beach Comber” mampu membersihkan 670 meter persegi kawasan pesisiran pantai dalam tempoh sejam dan mengambil masa kira-kira lapan jam sehari untuk keseluruhan pantai, berbanding secara manual sekurang-kurangnya enam pekerja diperlukan bagi membersihkan keseluruhan pantai.

Media Baharu