fb fb fb fb fb

Malaysia mampu maju, jika amalan rompak kekayaan negara dihentikan- PM

(Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang di SPICE Arena/BERNAMA) 

BAYAN BARU, 23 Januari- Malaysia berpotensi menjadi sebuah negara maju di rantau ini sekiranya amalan merompak kekayaan negara melalui perbuatan rasuah dihentikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin politik, penjawat awam peringkat tertinggi dan agensi penguatkuasaan wajib menghentikan amalan berkenaan.

Beliau menegaskan, perlu menjadi intipati setiap rakyat untuk menolak budaya rasuah, perkauman serta perbuatan menyalahgunakan kuasa dan mengambil kesempatan dalam mendapatkan kontrak semata-mata untuk menjadi kaya.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA)

"Sebab itu saya tekankan negara ini mampu naik kembali, saya percaya dan yakin Malaysia punyai potensi yang cukup baik untuk diangkat semula sebagai negara maju di rantau kita.

"Syaratnya... hentikan sikap, perangai, pimpinan politik atau penjawat awam atau badan-badan penguatkuasaan mesti dan wajib hentikan amalan rompakan kekayaan negara.

"Saya tidak akan tolak ansur lagi dengan sikap orang yang gunakan kontrak atau projek dan ambil kesempatan untuk cari kekayaan yang bukan hak mereka", katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Spice Arena, Bayan Baru.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang DiPertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

 

Media Baharu