fb fb fb fb fb

Pembinaan jambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop dijangka siap April ini

BAGAN DATUK, 23 Januari- Pembinaan jambatan menghubungkan Bagan Datuk dan Kampung Sejagop dijangka siap menjelang April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek tertangguh bernilai RM406 juta itu bakal memberi manfaat kepada orang ramai.

"Saya yakin beberapa pelabur dalam dan luar negara akan datang. Saya telah mengadakan perbincangan dengan mereka untuk beberapa kilang yang akan dibina di seberang kedua-dua jambatan ini. Paling penting ia bakal menawarkan pekerjaan kepada orang ramai. Sebanyak 4,000 pekerjaan baharu akan diwujudkan pada peringkat pertama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke jambatan itu di sini.

Pembinaan jambatan berkenaan mendapat peruntukan kerajaan pusat melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Jambatan itu sekaligus akan memendekkan jarak perjalanan dari daerah Bagan Datuk ke Perak Tengah iaitu dari 50 kilometer (km) kepada 10.2km.


(Pembinaan jambatan berkenaan mendapat peruntukan kerajaan pusat
melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11))

Media Baharu