fb fb fb fb fb

PLUS naik taraf tandas awam lebuh raya demi keselesaan pengguna

Tandas awam di R&R lebuh raya yang dinaik taraf bagi keselesaan pengguna.

KUALA LUMPUR, 17 September - Sebanyak 56 lokasi tandas awam di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah, restoran jejantas serta plaza tol lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS), telah dan sedang dinaik taraf sejak 2023 dengan peruntukan kira-kira RM37 juta.

Daripada jumlah itu, 48 lokasi telah siap setakat 2024, manakala baki lapan lagi dijangka siap menjelang penghujung 2025, di bawah Pelan Induk 5 Tahun Pembangunan dan Penambahbaikan Fasiliti sehingga 2028.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, penambahbaikan melibatkan beberapa R&R utama dan hentian sebelah di seluruh negara dengan reka bentuk lebih moden, berkonsepkan kelestarian serta mesra pengguna.

Kemudahan baharu turut menambah bilangan tandas duduk, ruang keluarga, bilik menukar lampin bayi, kemudahan mandi dan kemudahan khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Usaha ini merupakan inisiatif berterusan PLUS dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik serta meningkatkan keselesaan pengguna lebuh raya. Kami amat menghargai kerjasama orang ramai untuk sama-sama menjaga fasiliti ini demi kesejahteraan semua,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

TUN JULIA MOHD TAHIR