fb fb fb fb fb

PLUS nafi diskaun 50 peratus tol balik mengundi

KUALA LUMPUR, 11 Mac- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media mengenai pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk mereka yang pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seperti yang tular di media sosial.

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat itu untuk mengelirukan orang ramai.

Syarikat konsesi lebuh raya itu turut menyatakan akan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu dan pihak yang terbabit.

Menurut kenyataan itu, selain agensi media yang sah, semua kenyataan media PLUS disiarkan menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat itu termasuk media sosial.

Media Baharu