fb fb fb fb fb

Pembukaan sempadan: MOTAC saran pengusaha pelancongan patuhi SOP

(SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa Pulau Langkawi (LITB), syarikat pelancongan berlesen
perlu menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong/Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Pasukan penguatkuasaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memperkukuh kesiapsiagaan agar Keluarga Malaysia dan pengembara luar selesa menikmati pakej pelancongan dikendalikan pengusaha pelancongan berlesen. 

Menurut MOTAC dalam satu kenyataan, ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk membuka sempadan negara dan Fasa Peralihan ke endemik bermula 1 April ini.

"Di bawah prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Pelancongan Antarabangsa Pulau Langkawi (LITB), syarikat pelancongan berlesen perlu menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong dengan maksimum 20 orang di dalam kumpulan lawatan bagi penyelerasan itinerari lawatan.

"Manakala, SOP Perjalanan Mengerjakan Aktiviti Umrah yang dikemas kini pula menetapkan syarikat pengendali umrah perlu melantik Person In Charge (PIC) bagi kumpulan yang mempunyai 40 jemaah dan ke atas.

"PIC terbabit bagi mengawal jemaah sepanjang perjalanan termasuk semasa di lapangan terbang atau Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia.

"Bagi kumpulan yang kurang dari 40 jemaah, PIC perlu menguruskan jemaah di PMA," kata kenyataan berkenaan.

(Syarikat pengusaha pelancongan yang didapati berulang kali melanggar prosedur operasi
standard (SOP) oleh dikenakan tindakan tegas /Gambar fail)

Dalam pada itu, MOTAC turut mengingatkan syarikat pengusaha pelancongan supaya sentiasa mematuhi SOP agar Pelan Pemulihan Negara dapat dilaksanakan dengan lancar.

"Syarikat pengusaha pelancongan yang didapati berulang kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), boleh dikenakan tindakan tegas bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). 

"Baru-baru ini dua notis pemeriksaan dan lima surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada syarikat-syarikat pengusaha pelancongan yang didapati melanggar SOP.

"Surat dan notis itu dikeluarkan hasil pemantauan serta penguatkuasaan MOTAC  di Pulau Langkawi mulai 21 hingga 23 Feb dan di pintu masuk antarabangsa (PMA) negara pada 25 Februari dan 8 Mac lepas," menurut kenyataan itu.

Media Baharu