fb fb fb fb fb

Perubahan iklim membentuk cuaca ekstrim antara punca krisis bencana

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Keragaman cuaca akibat perubahan iklim antara punca krisis bencana alam yang dialami bukan sahaja di Malaysia, namun negara-negara dunia sejak akhir-akhir ini, memberi amaran cuaca ekstrim boleh membawa kesan lebih teruk termasuk kejadian tanah runtuh

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, keragaman cuaca itu merupakan corak terbaharu iklam yang membawa risiko fenomena kejadian bencana lebih besar dan lebih kerap berbanding sebelum ini.

"Jika diperhatikan, cuaca ekstrim semakin meningkat dan kuat, begitu juga dari segi frekuensinya ataupun kadar juga emakin meningkat danpihak kami tidak menolak kemungkinan bahawa fenomena sebegini akan menjadi lebih kerap pad tahun-tahun mendatang.

"Keadaan cuaca ekstrim ini akan menjadi lebih kerap berlaku di negara kita disebabkan oleh pemanasan global menyumbang kepada peningkatan suhu di seluruh dunia.. dan di negara kita tidak terkecuali,"katanya kepada RTM

(Muhammad Helmi Abdullah dalam temu bual dalam talian secara langsung  di RTM) 


Dalam pada itu, beliau juga berkata fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 14 Mac ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei depan, menandakan kemungkinan Malaysia akan mengalami banjir kilat dalam waktu berkenaan.

"Permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 3 November tahun lalu dan semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir uang lazimnya, ia akan membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri Pantai Barat, pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya.

Tambah beliau, dalam usaha meningkatkan ketepatan ramalan cuaca di negara ini, MetMalaysia mengambil tindakan proaktif, menambah baik sistem dan keperluan sedia ada selain berkongsi data dan kepakaran bersama-sama jabatan meteorologi negara-negara lain.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dalam tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan di talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Media Baharu