fb fb fb fb fb

PLSB buka pusat logistik dan edaran baharu di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 7 Januari- Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) secara rasmi membuka pusat logistik dan edaran baharunya di Pulau Pinang.

Pusat yang terletak di Kawasan Perindustrian Prai, Fasa 4 merupakan sebahagian daripada inisiatif pemindahan pejabat pengurusan serta pengembangan kapasiti penyimpanan gudang yang telah dimulakan sejak April 2021.

Melalui kenyataan, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope memaklumkan; pusat berkenaan bagi tujuan menambah kapasiti operasi syarikat dan persediaan penyimpanan stok.

Pada masa sama menampung permintaan perkhidmatan yang semakin meningkat di wilayah utara terutama fasiliti kesihatan milik Kementerian Kesihatan.

Pusat edaran logistik baharu intu mempunyai 3,500 palet untuk menyimpan ubat-ubatan terkawal dan peralatan perubatan.

PLSB kini mengguna pakai Sistem Pengurusan Pengangkutan Oracle (OTM) bagi menggerakkan perkhidmatan logistik kumpulan.

Inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada pertumbuhan strategik ke arah langkah automasi dan pendigitalan untuk penambahbaikan berterusan dalam operasi.


(Foto hiasan)

Media Baharu