fb fb fb fb fb

Dua kereta jatuh parit, seorang maut, dua selamat

SABAK BERNAM, 7 Januari- Seorang maut dan dua lagi selamat dalam nahas jalan raya di Sabak Bernam, Selangor petang tadi.

Kemalangan itu mengakibatkan dua kenderaan terlibat terhumban ke dalam parit.

Menurut Pengarah Bomba Selangor Datuk Norazam Khamis panggilan kecemasan diterima pukul 4.00 petang.

Manakala kenderaan berasingan dinaiki tiga individu dilapor berlanggar sesama sendiri sebelum terjatuh dalam parit.

Salah seorang mangsa yang maut disyaki lemas dalam kejadian itu.

Dua lagi berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.

 (Nahas jalan raya di Sabak Bernam)

Media Baharu