fb fb fb fb fb

Perjumpaan berkaitan isu jenayah seksual kanak-kanak, esok - Azalina

KOTA TINGGI, 7 Januari - Kerajaan akan mengadakan perjumpaan dengan pasukan khas dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) esok, berkenaan isu jenayah seksual kanak-kanak dalam
negara termasuk menaik taraf elemen dalam Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata antara elemen yang akan dikaji ialah elemen perolehan maklumat daripada kanak-kanak.

Pihaknya juga sedang mengkaji elemen tekanan dihadapi saksi kanak-kanak daripada keluarga mereka, yang memaksa kes ditarik balik serta elemen pemahaman kanak-kanak terhadap protokol siasatan kes jenayah.

Elemen pemahaman tersebut ditekankan, susulan kes seorang polis berpangkat inspektordidakwa merogol seorang remaja perempuan semasa melakukan siasatan kes di Bilik Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Kedah pada 28 Disember lalu.

(Datuk Seri Azalina Othman Said)

"Sekarang ini kita tengok ada beberapa kelonggaran lah yang perlu kita kemas kini, itu daripada segi proses kanak-kanak tersebut, sebab saya tengok banyak kes kes jenayah seksual, charges tu, bukan saja bawah akta kanak kanak, tapi juga bawah akta jenayah seksual kanak kanak dan bawah kanun keseksaan," kata Azalina di sini.

Azalina juga berkata, bawah portfolio beliau akan memperkenalkan komisioner kanak-kanak baharu yang telah mendapat persetujuan Perdana Menteri dan akan mengadap Yang Di-Pertuan Agong dalam satu tarikh yang akan ditetapkan.

Pesuruhanjaya kanak-kanak juga diharap dapat bergerak sebagai badan bebas, memainkan peranan bagi memberikan kefahaman mendalam berkenaan prosedur siasatan kes jenayah kanak-kanak khusus di sekolah.




Media Baharu