fb fb fb fb fb

Pinjaman pelajaran ASWARA, peruntukan RM5 juta bantu pelajar B40

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 26 November- Pinjaman pelajaran pelajar ASWARA bakal diperluas kepada 60 peratus pelajar dalam kalangan keluarga B40 bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman berkata, peruntukkan sebanyak RM5 juta yang diterima ASWARA melalui Belanjawan 2024 bakal dimanfaat sebaik mungkin.

Beliau berkata ASWARA komited melahirkan graduan berkualiti yang bakal menjadi penggiat seni berilmu dan memelihara warisan budaya bangsa.

"Dari segi pinjaman kepada pelajar, ramai dalam lebih kurang 60 peratus pelajar dari keluarga B40. Jadi dengan adanya peruntukan diberi kerajaan dapatlah kita pinjaman pelajaran ini dan dikembangkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan dalam kalangan keluarga B40 inilah. Alhamdulillah", katanya.

Beliau ditemui selepas Istiadat Konvokesyen ASWARA ke-18 di ibu negara.

ROSLINA BINTI DIN