BUKIT TINGGI, 26 November- Kerja-kerja membaik pulih cerun dan jalan yang rosak di Bentong telah bermula.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan ia akan segera diselesaikan demi kemudahan pengguna.
Laporan penuh mengenainya akan diteliti untuk tindakan selanjutnya.
"Sedang ada kajian menyeluruh untuk keseluruhan daerah Bentong tetapi kita juga mahu melihat apa yang kita boleh buat segera dan mungkin kita akan tengok sekiranya kita ada peruntukan kecemasan yang dapat kita salurkan daripada peringkat kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk kita membantu menyelesaikan masalah itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi terjejas banjir kilat di Bukit Tinggi.