SHAH ALAM, 15 Disember- Pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi strategi meningkatkan jumlah perwakilan untuk hadir secara fizikal ke kongres pemilihan kepimpinan tertinggi parti akan datang.
Menteri Komunikasi yang juga Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata strategi itu dilihat lebih menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana etnik dan gender.
"Jadi ada beberapa prinsip yang telah ditegaskan, harapan saya ini akan membolehkan penyertaan, keterlibatan semua anggota daripada pelbagai kaum.
"Dari pelbagai negeri, latar belakang dalam proses memilih pimpinan tertinggi parti bila tiba masanya nanti insya-Allah," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada Kongres Khas Nasional PKR di sini.
Tahun depan strategi pendigitalan dijangka akan diterapkan dalam kalangan perwakilan bagi membolehkan undian dilakukan secara dalam talian di peringkat cabang pada sesi pemilihan.