fb fb fb fb fb

Jasa, sumbangan Dr M.P.L Yegappan diceritakan dalam biografi

Steven Sim Chee Keong

BUKIT MERTAJAM, 15 Disember- Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong mengabadikan jasa dan sumbangan tokoh politik dari Bukit Mertajam, Dr M.P.L Yegappan dalam biografi bertajuk Heart Of Service:The Untold Story of Dr M.P.L Yegappan.
 
Beliau berkata buku itu adalah cerminan nilai yang masih kekal sehingga kini selain bukan sekadar kisah kehidupan tokoh tersebut sebaliknya.

"Sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan Dr M.P.L Yegappan telah membentangkan usul kerajaan untuk membina universiti di Pulau Pinang pada 1992.

"Usul itu menjadi asas kepada penubuhan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1999 iaitu tujuh tahun kemudian. Tetapi masa itu beliau tidak lagi dalam bidang politik, jadi tidak ramai yang mengenali beliau. Saya cuba mengembalikan jasa seorang tokoh yang memberi sumbangan kepada negeri dan negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran biografi itu di sini yang turut dihadiri ahli keluarga mendiang Dr M.P.L Yegappan.
 
Biografi setebal 200 muka surat itu dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, semalam.

Ia sekali gus menjadi satu bentuk penghargaan kepada mendiang tokoh berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI