fb fb fb fb fb

Pindaan AUKU beri lebih autonomi kepada mahasiswa - MPP USM

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir bersama barisan kepimpinan pelajar USM pada 16 Februari lalu/Gambar Fail FB USM

BUTTERWORTH, 18 Mac - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) berharap pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dapat direalisasikan segera.

Yang di-Pertua MPP USM, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman menyokong pindaan itu sebagai agenda pemerkasaan autonomi dan kebebasan mahasiswa dalam penganjuran program.

“Kesan daripada pindaan AUKU ini akan memperkukuhkan lagi daya kepimpinan mahasiswa melalui kecekapan pengurusan kewangan oleh pertubuhan pelajar.

“Penyelarasan terhadap tempoh pemilihan MPP yan glebih teratur mengikut tahun akademik juga akan menambah baik proses demokrasi pelajar dan tempoh keahlian MPP,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya lagi, dengan pindaan itu akan memantapkan lagi tadbir urus berkaitan Jawatankuasa Tatertib Pelajar lebih bersistematik dan teratur.

Terdahulu, pindaan AUKU 971 dibaca buat kali kedua dan digulung oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pindaan itu melibatkan Seksyen 15 dan 16B AUKU serta Seksyen 48(4), Seksyen 48(11), Seksyen 48(12) dan Seksyen 49(2) Jadual Pertama AUKU.

Zambry berkata pindaan terbaharu AUKU memberi ruang kepada mahasiswa menjalankan aktiviti tanpa perlu memohon kelulusan daripada pentadbiran universiti.

GRACE AISYAH KEDAYAN