fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Argentina

FOTO Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Argentina Diana Mondino di pejabatnya, hari ini.

Menerusi hantaran di facebook, beliau berkata pertemuan tersebut membincangkan perihal perdagangan dan pelaburan, tenaga boleh baharu, ekonomi digital, pertanian dan industri halal selain pelanjutan tempoh visa.

"Sokongan Kerajaan Argentina terhadap pelaburan Malaysia di negara tersebut turut disentuh, malah Menteri Luar Argentina telah bersetuju untuk menjaga kepentingan pelaburan yang sedang dan telah dirancang", menurut catatan tersebut.

Berhubung soal konflik Palestin-Israel, Datuk Seri Anwar menggesa agar Argentina mendukung usaha mencapai gencatan senjata dan menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.

ROSLINA BINTI DIN