fb fb fb fb fb

Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara 2024-2030 diumum Mei ini - KESUMA

Foto FB Kementerian

PUTRAJAYA, 18 Mac- Menteri Sumber Manusia, Steven Sim memaklumkan bahawa Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara 2024-2030 bakal diumum Mei ini.

Tambah Steven, kementeriannya kini dalam fasa mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam usaha membangunkan rangka kerja lengkap.

"Seketariat juga telah memberikan pembentangan tentang Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia. Sebenarnya Dasar Sumber manusia ini, ingin melihat lebih kepada jurang-jurang ataupun kesenjangan yang ada pada dasar masa kini."

"Contohnya dalam dokumen-dokumen dasar seperti RMK dan sebagainya. Apa kesenjangannya, agenda masyarakat menua, persiapan kita nak berhadapan dengan pasaran kerja dengan isu agenda menua ini," kepada pemberita dalam sidang media, selepas menghadiri sesi Townhall Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara, di sini.

Itu termasuk isu pemerkasaan wanita serta usaha merancakkan pasaran kerja baharu meliputi industri hijau, kecerdasan pintar (AI) dan digital.

Sesi libat urus berkenaan dihadiri lebih 1,000 pihak berkepentingan termasuk sektor awam dan swasta, pihak majikan, wakil kesatuan kerja dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golongan belia dan orang kurang upaya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM