fb fb fb fb fb

Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibuat secara berfasa

(Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dilakukan secara berfasa dan siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Jelas Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman pindaan fasa 1 untuk akta tersebut telah selesai disemak Jabatan Peguam Negara pada 6 Julai lalu dan akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.

"Bagi pindaan fasa 2 pula yang akan memperkasa Akta 127 secara keseluruhan masih sedang diperhalusi dan diteliti bersama pakar undang-undang dan alam sekitar.

"Dan berdasarkan penelitian kementerian, draf pindaan fasa 2 akan melibatkan sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan dan pemegang taruh yang berkaitan seperti agensi kerajaan, NGO, pihak penggerak projek pembangunan dan pihak industri," katanya.

(Mansor pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini)

Beliau menjawab pertanyaan Wakil Bakri, Yeo Bee Yin dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Tambah Mansor lagi, pihaknya akan cuba menyegerakan proses pindaan akta tersebut demi kepentingan rakyat dan negara.

Media Baharu