fb fb fb fb fb

Keselamatan sempadan negara terjamin - Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Kementerian Pertahanan memberi jaminan keselamatan sempadan negara terjaga meskipun Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) telah dibubarkan.

Jelas Menteri Kanannya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ianya tidak akan menjadi masalah sekiranya Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) dan Rondaan Selat Melaka terus diperkukuhkan.

"Yang paling penting diplomasi antara negara jiran. Sekiranya dapat perkukuhkan platform seperti TCA dan Melaka Strait Patrol ini akan membantu, tidak ada perkara yang boleh mejejaskan keselamatan negara bukan sahaja negara kita tetapi juga negara jiran ada hubung kait apa yg kita pantau dijamin dan juga sekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini," katanya.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Tambahnya, kerjasama pertahanan itu juga turut melibatkan pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri dan pelbagai agensi berkaitan.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai.

Media Baharu