fb fb fb fb fb

TH terus beri kesedaran risiko tawaran visa furada syarikat tidak berlesen

(Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Tabung Haji (TH) akan terus memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai risiko tawaran visa furada oleh syarikat tidak berlesen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyatakan komitmen itu bagi mengelakkan kes penipuan visa yang kerap berlaku saban tahun.

"Bagi mengatasi perkara ini, maka sebab itu dalam hal seperti begini perkara-perkara yang kita ingatkan kepada mereka yang hendak pergi dengan visa Furada ini, untuk makluman visa Furada ini adalah visa yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi melalui hubungan baik yang tertentu, yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan Tabung Haji.

"Maka dengan itu kita mengharapkan supaya orang ramai memilih syarikat-syarikat yang berlesen. Yang keduanya TH terus mengambil tindakan sekiranya ada hal-hal yang berkaitan dengan perkara yang ditawarkan berkenaan dengan haji," katanya.

(Idris Ahmad)

Beliau menyatakan demikian dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Kata Idris lagi, TH juga telah mengambil tindakan segera terhadap syarikat yang terlibat dengan kes penipuan haji setelah menerima laporan daripada mangsa.

Bagi tahun 2022, 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PGH) diberi lesen untuk mengerusukan jemaah umrah dan haji.

Media Baharu