Pinda Akta Persaingan tangani taktik baharu kartel, perkukuh kuasa MyCC

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) Persaingan (Pindaan) 2026 mencadangkan pengukuhan penguatkuasaan terhadap amalan antipersaingan susulan peningkatan penggunaan teknologi dalam kartel dan monopoli.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perusahaan guna algoritma, mesej terpadam sendiri dan teknologi pemadaman digital untuk sembunyikan bukti.
  • Pindaan fokus tingkatkan kapasiti penguatkuasaan MyCC termasuk kawalan penggabungan dan pemusatan kuasa, dilaksanakan dalam RMK13.
  • RUU mengandungi 34 fasal termasuk Seksyen 24 jenayah mengubah atau memusnah rekod bagi halang siasatan MyCC.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perusahaan kini menggunakan algoritma, mesej yang terpadam sendiri serta teknologi pemadaman digital bagi menyembunyikan bukti.

Menurut beliau, pindaan itu penting bagi memastikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mempunyai keupayaan berdepan perubahan struktur pasaran yang semakin rumit, selain memperkukuh siasatan dan penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 (Akta 712) terhadap kes antipersaingan yang semakin mencabar.

“Kita fokuskan pindaan kali ini untuk meningkatkan kapasiti penguatkuasaan kepada MyCC melalui pindaan-pindaan yang telah pun digariskan dalam aspek merger regime control dan juga pemusatan kuasa untuk antipersaingan. Itu akan dilaksanakan dalam tempoh RMK13,” katanya ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, pindaan itu melibatkan 34 fasal termasuk Seksyen 24 yang memperuntukkan kesalahan jenayah terhadap cubaan memusnahkan, menyembunyikan atau mengubah rekod bagi menghalang siasatan MyCC.

RUU itu turut memperkukuh kuasa dan prosedur penyiasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia berdasarkan pengalaman 14 tahun MyCC serta penanda aras amalan terbaik antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.