SERI KEMBANGAN, 28 Januari - Pihak swasta digalakkan untuk membantu dalam pembangunan industri batik tempatan.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata sokongan dan kerjasama pihak swasta mampu mengangkat martabat produk berkenaan ke peringkat lebih tinggi.
Beliau berkata industri batik berdepan situasi mencabar yang tidak dijangka akibat pendemik COVID-19. Oleh itu, beliau berharap sokongan pihak swasta dapat melonjakkan pemasaran produk berkenaan di pasaran global.
"Bagi saya, saya mengharapkan untuk melihat kolaborasi seperti ini boleh pergi jauh lagi. Sebab ia akan memberi satu jenama yang begitu signifikan untuk Malaysia selain dari jenama Bonia, Penyayang sudah terkenal tetapi kolabrasi ini satu usaha yang pertama kali yang berlangsung dalam negara kita.
"Saya mendoakan kolaborasi ini berjaya dan boleh motivasikan sektor swasta yg lain untuk menyokong usaha seperti ini", katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penajaan di antara Bonia Corporation Sdn Bhd dan Penyayang sempena dengan Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2022, di sini.