fb fb fb fb fb

PIBG santuni pelajar waktu sahur

KUALA NERANG, 6 April- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Ahmad, menggunakan ”waktu bersahur” untuk mendekati para pelajar yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan pelajar, program singgah sahur anjuran PIBG itu juga bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat menu bersahur yang dihidangkan kepada para pelajar.

Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Dato’ Badrol Hisham Hashim berkata, program singgah sahur ini melibatkan seramai 243 orang pelajar tingkatan tiga, empat dan lima yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Beliau berkata, menu yang disediakan oleh pengusaha dewan makan asrama amat bersesuaian dan memenuhi cita rasa pelajar.

"Tujuan pihak PIBG datang pada pagi ini kita nak dekati pelajar dan nak lihat suasana bersahur.

"Dan Alhamdulillah saya tengok menu yang dihidangkan ini bersesuaian dengan persekitaran para pelajar dan masakan yang dihidangkan pun masih panas di mana pagi ini dimasak oleh pihak pengusaha kantin.

"Ini menunjukkan bahawasanya apa yang telah dipentingkan oleh Kementerian Pendidikan saya rasa satu yang boleh diamalkan dan memenuhi cita rasa pelajar.

"Apa yang saya harap supaya menu yang dihidangkan ini sesuailah dengan cita rasa bersahur," katanya.

Program turut dihadiri Dekan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Azman Khamis.

(Foto fail)

Sementara itu, Dr Kamarul Azman berkata, ruang tersebut digunakan untuk menjelaskan tentang peluang yang disediakan di institusi pengajian tinggi.

"Kita bersahur, kita bersama dengan mereka dengan makanan yang ada pada hari ini kita ingin merasai denyut nadi pemimpin bersama rakyat, kita turun bersama-sama dengan YDP yang ada pada hari ni.

"Ia juga merupakan bagaimana caknanya kita bersama dengan masyarakat, caknanya kita bersama dengan pelajar-pelajar, pemimpin-pemimpin pelajar yang ada pada hari ini.

"Mudah-mudahan masyarakat yang ada di luar sana, pemimpin-pemimpin turunlah ke padang bersama dengan pelajar, kita turun kita mendekati mereka."

"Mudah-mudahan hasrat yang disarankan oleh Menteri (Pendidikan) atau kerajaan yang ada pada hari ni dapat dilestarikan bersama-sama insya-Allah," katanya.

Media Baharu