fb fb fb fb fb

PERKESO, JPM meterai NoC bantu ODP, ODS, OBB

KUALA LUMPUR , 6 April- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) hari ini telah memeterai Nota Kolaborasi (NoC) dalam usaha memperluaskan peluang kerjaya, meningkatkan kemahiran dan menyediakan perlindungan sosial kepada Orang Diparol (ODP), Orang Diselia (ODS) dan Orang Bebas Berlesen (OBB).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata kolaborasi ini mempunyai implikasi positif dalam memberi peluang kedua kepada golongan ini.

"NoC itu juga membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.

"Para majikan di seluruh dunia disaran memberi peluang kepada golongan ini mengisi kekosongan jawatan yang ada termasuklah jawatan yang kebiasaannya diisi oleh pekerja asing," katanya kepada pemberita di sini.


(NoC itu juga membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu)

Media Baharu