fb fb fb fb fb

PH Negeri Sembilan bersikap terbuka berkaitan kerjasama dengan BN

PORT DICKSON, 1 Disember-Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Dewan Negeri Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata sebarang keputusan kerjasama dengan BN akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi PH.

Menurutnya lagi, selaku pengerusi PH negeri, beliau tidak mempunyai masalah untuk kerjasama tersebut.

 


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika menjawab
soalan media)

"Saya tiada ada masalah untuk negeri, nampaknya untuk sidang DUN kali ini nampaknya aman nampak damai dan kita ada kerjasama yang baik. Kita memang terbuka", katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Port Dickson.

Pada Pilihan Raya ke-14 lalu, PH memenangi 20 kerusi DUN, manakala BN memenangi 16 kerusi di Negeri Sembilan.


Media Baharu