fb fb fb fb fb

Graduan TVET, 90% dijamin dapat kerja selepas tamat pengajian

KUALA LUMPUR, 1 Disember- Sekurang-kurangnya 90 peratus graduan institusi Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dijamin mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Menurut Pengerusi Persatuan Pembangunan TVET Nasional, Mohamad Yaacob, ada juga graduan dilamar pihak industri sebelum mereka tamat latihan.

Tambah Mohamad, bidang TVET perlu dilihat sebagai bukan lagi pilihan kedua untuk melanjutkan pelajaran.

Sebaliknya sebagai pilihan utama bagi peluang pekerjaan yang lebih cerah.


(Foto BERNAMA)

"Pelajar yang tamat belajar dalam tempoh enam bulan, 90% daripadanya akan mendapat pekerjaan. Ia membuktikan bahawa permintaan kepada pekerja kemahiran sangat tinggi dan kemahiran yang ada pada para graduan adalah mengikut kehendak industri," katanya kepada pemberita ketika ditemu bual di Angkasapuri, di sini.

 

Media Baharu