fb fb fb fb fb

12 ketua perwakilan asing ke Malaysia serah watikah pelantikan kepada YDP Agong

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Seramai 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia menyerahkan dokumen watikah pelantikan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat penyerahan watikah dan majlis menghadap itu berlangsung di Istana Negara.

(YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima
watikah 
pelantikan oleh Duta Besar Belgium ke Malaysia, Peter Van Acker sempena
Is
tiadat Penyerahan Watikah Pelantikan di Istana Negara/FOTO BERNAMA)

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Jose Luis Pardo Cuerdo dari Sepanyol, Betty Oyella Bigombe (Uganda), Jacques Louis Werner (Belanda), Valeria Csukasi (Uruguay), Peter Van Acker (Belgium), Dilli Raj Poudel (Nepal), Florence Buerki Akonor (Ghana), Ali Hussain Didi (Maldives) dan Yeo Seung-bae (Korea).

Selain itu, Fleming Raul Duarte Ramos dari Paraguay, Houssein Sidi Abdellah Deh (Mauritania) dan Tumur Amarsanaa (Mongolia).

Media Baharu