KUALA LUMPUR, 16 April- Kerja-kerja pemulihan bekalan gas di Putra Heights, Subang Jaya dijangka selesai seawal 1 Julai ini.
Petronas Gas Bhd (PGB) dalam kenyataan memaklumkan jangka masa pemulihan bergantung kepada hasil siasatan berterusan, kelulusan kawal selia dan kemajuan sebenar di tapak terlibat.
PGB turut bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan termasuk berkuasa termasuk pengedar gas untuk menyambung semula perkhidmatan saluran paip di kawasan terjejas.
Hasilnya, kapasiti bekalan gas ke sektor utara, Bestari Jaya, Meru dan Kapar telah meningkat, dengan bekalan tambahan daripada sistem saluran paip gas Trans Thailand-Malaysia.
Stesen Serdang City Gate yang kembali beroperasi, menjadikan akses bekalan lebih stabil ke kawasan Lembah Klang.
PGB menegaskan komitmen untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti terjejas diutamakan, di samping memastikan akses berterusan kepada bekalan gas.