fb fb fb fb fb

PGA Johor rampas rokok dan arak seludup bernilai RM421,769

(Foto rokok dan arak seludup yang dirampas/FBPGA)

JOHOR BAHRU, 22 Mac- Rokok dan arak seludup bernilai RM421,769 dirampas Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Bakawali 35, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor, kira-kira empat petang semalam.

Menerusi kenyataan pegawai pemerintahnya, Superitendan Dimin Awang rampasan melibatkan 20 kotak rokok,1,548 botol arak dan sebuah kenderaan pelbagai guna.

Rampasan ini sekali gus berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok dan arak tidak bercukai di sekitar Johor Bahru.

Semua rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.


(Kenyataan dikeluarkan PDRM di laman rasmi FB Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam, Johor/FBPGA)

Media Baharu