(Foto sekitar Majlis Pemahsyuran Stesen Janakuasa Southern Power Generation (SPG) di Pasir Gudang/FBSULTANJOHOR)
PASIR GUDANG, 22 Mac- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memasyhurkan Stesen Janakuasa Southern Power Generation (SPG) di Pasir Gudang yang merupakan loji janakuasa komersial pertama di dunia menggunakan turbin gas.
Ia bakal dikenali sebagai Sultan Ibrahim Power Plant, yang mampu menghasilkan 60 peratus tenaga elektrik dan kecekapan turbin gas berteknologi tinggi.
"Loji janakuasa yang siap dan beroperasi pada Januari 2021 dengan kos pembinaan berjumlah RM4.7 bilion itu juga dijangka menyumbang kepada usaha pengurangan jejak karbon."
"Loji janakuasa itu juga menjadi mercu tanda baharu industri penjanaan elektrik di Johor serta merancakkan dan menggalakkan lagi usaha pelaburan dari dalam dan luar negara," kata kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Sultan Johor.
(Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota, Tunku Ismail berkenan mencemar duli melawat tapak SPG/FBSULTANJOHOR)
Ia merupakan gabungan usaha sama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SIPP Energy Sendirian Berhad.
Majlis perasmian disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda bersama Tunku Mahkota, Tunku Ismail kemudiannya berkenaan mengadakan lawatan ke SPG berkenaan.
Hadir sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.