fb fb fb fb fb

Pewujudan Melaka Talent Corp, jaminan pembangunan pada masa depan

Foto FB Ketua Menteri

AYER KEROH, 13 Februari- Melaka Talent Corp (MTC) bakal diwujudkan kerajaan negeri Melaka sebagai usaha menjamin pembangunan Melaka pada masa depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata MTC akan menggabungkan para ilmuwan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.

Mereka akan menjadi penasihat untuk mencorak langkah pembangunan dan kemajuan negeri.

Jelasnya, hasrat mewujudkan MTC itu juga selaras dengan agenda MADANI.

"Sebelum ini, kita sudah ada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi negeri. Saya akan kumpul semula ahli-ahli ini untuk kita masukkan. Untuk Talent Corp ini, dia ada jawatankuasanya sendiri.

Daripada situ mereka boleh membantu dengan menyumbang idea-idea dalam usaha kita nak majukan Melaka supaya tidak ketinggalan dan setanding dengan negeri maju yang lain," kata Sulaiman kepada pemberita RTM dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan kerajaan negeri Melaka, di Seri Negeri, di sini.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)

Mengulas lanjut katanya, terdapat ramai individu berbakat berada di luar Melaka.

Justeru, sekiranya mereka dikumpulkan, ia dapat memberi kebaikan kepada negeri dan seluruh rakyat.

Media Baharu