(Foto fail)
BANDARAYA MELAKA, 8 Januari- Saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya petugas media menjadi contoh untuk pengambilan dos penggalak mendapat reaksi positif.
Petugas media yang ditemui RTM berkata, pengambilan dos penggalak ini penting bagi melindungi diri daripada jangkitan COVID-19 memandangkan mereka sentiasa terdedah kepada risiko itu ketika bertugas.
“Bagi saya kalau dah ada saranan daripada kerajaan tu lebih untuk kita ikutlah sebab kita sendiri pun bekerja berjumpa dengan orang ramai dan juga bila jumpa orang ramai ini bila kena COVID-19 pun kita pun ada keluarga rasanya lebih baik untuk keselamatan keluarga kita sendiri, ” kata petugas media, Mohd Fakri Awang Lah.
“Bagi saya sebagai pengamal media yang disifatkan sebagai barisan hadapan kita sering berhadapan dengan masyarakat. Kita tidak tahu status seseorang atau masyarakat kita temui itu jadi dengan adanya dos penggalak ini ia sebagai pelindung kepada kita,” ujar petugas media, Yusri Sahat.
“Saya sebagai pengamal media saya sambut baik saranan kerajaan tu untuk menerima vaksin penggalak secepat mungkin sebab saya rasa kerjaya sebagai pengamal media ini berdepan dengan masyarakat berdepan dengan situasi semasa. Ini adalah wajar sebab kita hendak elakkan daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat pada waktu sekarang ini” kata petugas media, Faiz Hasan.
"Untuk rakan-rakan media galakkan semua ambil dos penggalak untuk keselamatan orang ramai juga keselamatan diri sendiri,” petugas media, Sin Houy Pyng.
(Petugas media sambut baik saranan dapatkan dos penggalak)