fb fb fb fb fb

Langgar syarat sah lesen, bot nelayan tempatan ditahan APMM

(FOTO RTM)

KUALA KURAU, 8 Januari-Sebuah bot nelayan tempatan ditahan, selepas melanggar syarat sah lesen serta menggunakan pemberat pukat melebihi had dibenarkan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, (Maritim) Perak, mengesan kesalahan bot berkenaan pada kedudukan 0.6 batu nautika barat Tanjung Piandang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid memaklumkan dua nelayan tempatan berusia 39 dan 40 tahun ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

Pada Jumaat, Maritim Perak telah menahan sebuah bot nelayan bersama tiga kru nelayan warga Myanmar pada kedudukan 7.5 batu nautika barat daya muara Kuala Gula.

Kesemua mereka berusia antara 26 hingga 55 tahun didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.


(Bot Nelayan tempatan yang melanggar syarat sah lesen dan menggunakan pemberat
pukat melebihi had yang dibenarkan/FOTO RTM)

 

 

 

Media Baharu