fb fb fb fb fb

Pindaan Akta OKU 2008, perkasakan penguatkuasaan

(Datuk Seri Nancy dan Senator Datuk Ras Adiba Radzi turut menyertai program
larian '27th Annual Charity Walk-Jog-Wheel-Athon'/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Pindaan akan dibuat terhadap Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 bagi menangani isu hak asasi golongan berkenaan selain memperkasakan penguatkuasaan.

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya berharap pindaan Akta OKU diharap dapat dimuktamadkan pada bulan Jun.

"Kita pada masa ini sedang bekerjasama dengan pasukan khas untuk meminda dan memperkuat Akta OKU ini. Ia diharap dapat diselesaikan dan terus dapat digunakan terutama sekali membantu meningkatkan dari segi pemerkasaan penguatkuasaan," kata beliau selepas merasmikan Program Amal Tahunan Walk-Jog-Wheel-a-Thon ke-27 di ibu negara.

Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan Wilayah Perseketuan.

Seramai 1,580 peserta dan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian untuk menyokong komuniti OKU.

Berhubung kejadian kebakaran yang berlaku di Gombak baru-baru ini, Nancy berkata pihak kementerian sedia memberi bantuan kepada mangsa, termasuk bantuan kaunseling.

"Macam kami lebih kepada untuk membantu memberi kaunseling, makanan dan tempat perlindungan kalau memerlukan. Kita bekerjasama dengan agensi-agensi lain, jadi bukan bekerja secara sendirian," tambah beliau.

(Datuk Seri Nancy ketika berucap selepas program larian '27th Annual Charity Walk-Jog-Wheel-Athon'
/BERNAMA)

Media Baharu