fb fb fb fb fb

Sultan Kedah perkenan watikah tauliah 12 pegawai daerah

 (Sultan Kedah memperkenankan Watikah Tauliah Pegawai Daerah Negeri Kedah kepada 12 orang pegawai daerah di negeri itu
pada Majlis Pentauliahan di Istana Anak Bukit, Alor Setar)

ALOR SETAR, 8 Januari- Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al Marhum Sultan Badlishah memperkenankan Watikah Tauliah Pegawai Daerah Negeri Kedah kepada 12 orang pegawai daerah di negeri itu.

Majlis Pentauliahan berlangsung di Istana Anak Bukit, di sini, pagi tadi.

Penerima tauliah adalah Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Abdullah Hashim, Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Bari Abdullah, Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim, Pegawai Daerah Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani dan Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya.

Turut menerima tauliah berkenaan adalah Pegawai Daerah Padang Terap, Azmin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Kuala Muda, Ilias Shuib, Pegawai Daerah Sik, Mahamad Shuhaimi Man, Pegawai Daerah Bandar Baharu, Datuk Elmi Yusoff, Pegawai Daerah Pendang, Nasrun Datuk Mohd Sheriff dan Pegawai Daerah Yan, Mohamad Subhi Abdullah.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali.

 (Sultan Kedah (tengah) berkenaan hadir pada Majlis Pentauliahan yang berlangsung
di Istana Anak Bukit, Alor Setar)

Media Baharu