fb fb fb fb fb

Petugas barisan hadapan dihargai

KUALA PERLIS, 27 April - Petugas barisan hadapan sentiasa komited menjalankan tugas yang diamanahkan.

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertugas sempena Aildilfitri, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menyerahkan sumbangan kuih raya.

Sumbangan kuih raya tersebut diberikan kepada pegawai dan anggota keselamatan yang bertugas di sempadan Malaysia - Thailand dan petugas barisan hadapan di jeti Zon Maritim Kuala Perlis.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Hamdan Bahari telah menyampaikan sumbangan kuih raya kepada 18 agensi keselamatan dan petugas barisan hadapan di sempadan bagi menghargai pengorbanan mereka bertugas dalam memastikan keselamatan negara terjamin.


(Antara agensi petugas barisan hadapan yang menerima sumbangan kuih raya)

Antara agensi terlibat ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan 19 bakul makanan kepada wakil nelayan di sekitar Kuala Perlis.

Media Baharu