fb fb fb fb fb

PETRONAS sumbang peralatan hadapi bencana kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis

KANGAR, 19 Oktober- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis menerima sumbangan peralatan menghadapi bencana daripada Pengurusan Petronas Wilayah Utara dan Tengah.

Antara peralatan yang diterima ialah dua bot dilengkapi enjin, tangki bahan api serta kemudahan roda mudah alih kepada agensi penyelamat di Perlis.

Selain itu, turut diberikan ialah 1,500 baju hujan, 300 khemah perlindungan penduduk terjejas banjir dan 150 jaket keselamatan, sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

(FOTO RTM)

Menurut Ketua Petronas Wilayah Utara dan Tengah, Zukifli Othman bantuan peralatan yang keseluruhan berjumlah RM3.2 juta untuk kesemua 14 buah negeri itu adalah sebahagian daripada peruntukan berjumlah RM25 juta yang diperuntukkan oleh PETRONAS untuk penduduk terjejas banjir tahun ini di seluruh negara.

PETRONAS amat menghargai dan berterima kasih atas komitmen yang diberikan oleh pihak berkuasa dalam usaha menyelamat mangsa banjir dan berharap sumbangan ini dapat melancarkan lagi tugas pasukan penyelamat ketika bencana banjir.

Kesemua sumbangan diserahkan kepada Ketua Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud mewakili Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Media Baharu