fb fb fb fb fb

Peralihan monsun: Taman eko rimba, hutan taman negeri dan kawasan pendakian ditutup sementara

ALOR SETAR, 19 Oktober- Semua Taman Eko–Rimba, Hutan Taman Negeri dan Kawasan Pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal di Kedah ditutup sementara bermula semalam sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Tindakan itu bertujuan mengelak sebarang insiden tidak diingini berikutan Kedah dijangka akan menerima jumlah taburan hujan yang tinggi berikutan musim tengkujuh.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Muhamad Abdullah berkata, aktiviti rekreasi yang tidak dibenarkan termasuk mendaki gunung, sukan lasak berkenderaan dan jenis aktiviti riadah lain.

Antara kawasan yang ditutup melibatkan Bukit Wang, Puncak Janing, Lata Mengkuang, serta Taman Negeri Ulu Muda termasuk 15 kawasan pendakian seperti Gunung Jerai, Gunung Kemerlong dan Gunung Mat chin chang.

Penutupan sementara ini bagaimanapun tidak melibatkan Taman Eko Rimba yang diswastakan kepada operator yang dilantik kerajaan negeri.

Pihaknya berharap agar semua pengunjung mematuhi arahan dikeluarkan demi keselamatan semua.


(FOTO FAIL)

Media Baharu