fb fb fb fb fb

487 PPS di Kedah sedia diaktifkan

JITRA, 19 Oktober - Sebanyak 487 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kedah sedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa sekiranya berlaku banjir.

Kesemua PPS berkenaan boleh menampung seramai 87, 317 penduduk terjejas banjir pada satu-satu masa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan Negeri Kedah Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, daripada jumlah itu, 184 PPS dibuka di sekolah dan 302 PPS melibatkan dewan orang ramai, balai raya, dan pusat komuniti.

Sebuah lagi PPS berkapasiti besar boleh memuatkan antara 2,000 hingga 5,000 orang pada satu-satu masa.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah menerima peruntukkan pengurusan bencana berjumlah RM1.5 juta daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tahun ini sebagai persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.

Katanya, fasiliti penyimpanan bekalan bencana juga telah diaktifkan melibatkan satu depoh bencana, enam mini depoh, empat pangkalan hadapan, 1,824 sukarelawan dan tujuh stor.

(Halimaton bercakap kepada RTM selepas menghadir
Program Simulasi Persiapan Menghadapi Bencana Alam dalam tempoh
Monsun Timur Laut tahun 2022/2023 peringkat Daerah Kubang Pasu di Malau, di sini)

"Jabatan Kebajikan Masyarakat diarahkan ke seluruh Negeri Kedah bersiap siaga dan apa yang penting JKM ini, ia menjaga pusat penempatan sementara itu dengan bekalan makanannya yang telah pun kita tambah baik

Jika dulu RM12 (seorang), sekarang kita naikkan menjadi RM24 untuk makan pagi, tengah hari, petang untuk penduduk terjejas banjir. Kita telah melantik pembekal-pembekal yang telah dikawal selia oleh JKM dan mereka bersiap sedialah. Kita hanya merancang, kita doakan supaya Allah SWT melindungi kita semua," kata Halimaton di sini.


Media Baharu