fb fb fb fb fb

Pesara bomba maut ketika mendaki di Bukit Jambul

GEORGE TOWN, 19 Oktober - Seorang pesara bomba meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika melakukan pendakian di Bukit Jambul, di sini semalam.

Idris Hamat, 59 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedar diri, di kawasan Bukit Jambul, terletak kira-kira 150 meter dari kaki bukit.

(Fauzian ditemui pemberita di lokasi kejadian)

"Terdapat seorang mangsa, tidak sedar diri.. maklumat awal diperolehi daripada orang awam, menyatakan mangsa berada di atas, di pertengahan Bukit Jambul," kata Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Pulau Pinang, Fauzian Izzuan Abdullah, di sini.

Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Perak terlibat dalam operasi membawa mangsa dari lokasi kejadian untuk diserahkan kepada pihak hospital.

Pihak Bomba terpaksa mengusung mayat mangsa dari atas ke lokasi ambulans sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi proses selanjutnya.

Media Baharu