fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan hormat Ketua Hakim Negara baharu

Foto- FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PUTRAJAYA, 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, di pejabatnya.

Pertemuan itu membincangkan pelbagai isu penting, termasuk kepentingan memperkukuh institusi kehakiman yang bebas, berintegriti dan diyakini rakyat sebagai tunjang negara hukum yang adil dan saksama.

Dalam hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid dan menyatakan harapan agar amanah besar yang dipikul dapat digalas dengan penuh hikmah serta kebijaksanaan demi menjayakan aspirasi Malaysia yang lebih adil dan maju.

Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara mencerminkan komitmen terhadap kelangsungan sistem perundangan yang bebas dan profesional.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN