fb fb fb fb fb

Cikgu Fadli digugur pertuduhan, bebas daripada tindakan tatatertib

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah dan bebas daripada tindakan tatatertib.

Perkara itu disahkan menerusi sebuah surat menyatakan ketiga-tiga pertuduhan terhadap Mohd. Fadli digugurkan.

Mohd Fadli Mohamed Salleh, guru sekolah yang menjadi tular di media sosial selepas mendakwa berdepan tindakan kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran, malam tadi mengesahkan beliau digugurkan daripada kesemua tiga pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib.

Beliau yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak telah mengesahkan perkara tersebut dan membacakan surat keputusan tindakan tatatertib daripada Kementerian Pendidikan (KPM), menerusi Facebook Live.

“Walau ramai sudah maklum.. Alhamdulillah ketiga-tiga pertuduhan (saya didapati) tidak bersalah dan bebas daripada apa-apa tindakan (tatatertib),” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai surat daripada KPM bertarikh hari ini yang menggugurkan guru Matematik itu daripada semua pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib.

(Foto FB Cikgu Mohd Fadli Salleh)

Mohd Fadli sebelum ini tular di media sosial selepas mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat dipercayai kerana sering menegur berkaitan pelbagai isu persekolahan.

Perkara itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berharap situasi menang-menang dapat dicapai dalam perkara itu.

Media Baharu