fb fb fb fb fb

Petronas, PETROS komited bekerjasama demi kepentingan negara dan Sarawak

Foto RTM

PUTRAJAYA, 21 MEI - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan termeterainya Kenyataan Bersama berhubung Petronas dan PETROS mengenai industri minyak dan gas negeri itu

Beliau menegaskan kedua-dua syarikat komited untuk terus bergerak bersama-sama demi kepentingan negara dan Sarawak.

“Alhamdulillah, kita telah dapat selesaikan masalah yang timbul dan hari ini deklarasi bersama yang bawa persamaan dan pendekatan bersama antara Kerajaan Sarawak khasnya Petronas dan Petros.

“Ia untuk kita usahakan bersama kegiatan minyak dan gas bagi kepentingan negara dan juga mengikut lunas peruntukan sedia ada di antara undang-undang Sarawak dan Persekutuan,” katanya.

Hari ini, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak mencapai persefahaman mengenai Petronas dan Petros melalui pemeteraian satu deklarasi bersama ditandatangani Perdana Menteri dan Premier Sarawak.

Hadir sama  Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

 

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN