fb fb fb fb fb

Pengusaha kantin meninggal dunia dipercayai tersedak ketika sarapan

Mangsa, Mohd Abdullah diberi bantuan perubatan oleh kakitangan perubatan / Foto RTM

KEMAMAN, 21 Mei - Seorang pengusaha kantin sebuah sekolah rendah di Kemaman, Terengganu meninggal dunia dipercayai tersedak ketika sedang bersarapan di kantin sekolah berkenaan pagi tadi.
 
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 minit pagi ketika mangsa Mohd Abdullah, 70 tahun sedang makan, sebelum rebah dan pengsan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata anak mangsa kemudian menghubungi klinik kesihatan berhampiran dan diberi rawatan kecemasan oleh kakitangan perubatan.

Mangsa yang sebelum ini pernah mengidap penyakit asma dan darah tinggi telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kemasek.
 
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
 
Proses bedah siasat akan dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN