fb fb fb fb fb

Petani rugi ratusan ribu ringgit susulan banjir

DUNGUN, 25 Disember- Petani di Kampung Durian Bintangou terpaksa menanggung kerugian sehingga ratusan ribu ringgit selepas tanaman yang diusahakan mereka musnah akibat banjir yang melanda kawasan itu pada 19 Disember lalu.

Pesawah padi, Zaidi Ahmad berkata, kerugian yang dialami melebihi RM100,000 berikutan jentera termasuk sawah padi seluas tiga ekar musnah ditenggelami banjir.

"Keseluruhan jentera termasuk mesin ada lebih kurang 30 unit, yang tenggelam terus 10 unit, pam air yang ada di sawah padi tak sempat nak angkat sebab pakai harian," katanya.

(Zaidi Ahmad, Pesawah padi)

Sementara itu, peserta Usahawan Pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, Mohd Noor Besar memberitahu, 2,000 pokok cili matang yang sedia di tuai di kawasan seluas tujuh ekar musnah ditenggelami banjir.

"Sedih tu memang sedih, tapi apa boleh buat, ia berlaku disebabkan bencana, kerugian hampir RM40,000.

Setakat ni belum menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak," ujarnya.

(Mohd Noor Besar, Petani)

 

Media Baharu